• SBH 05:55
  • ZHR 13:08
  • ASR 16:15
  • MAG 19:10
  • ISY 20:18
  • 17 Safar 1443

Ziarah Alfatih Prihatin Siri 4

06 February 2021

images/berita/alfatih-prihatin.jpg
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang memudahkan segala perjalanan.

Sukacita dimaklumkan bahawa pada 26 November 2020 yang lalu pihak Pengurusan Surau Al-Fatih Presint 15 terpanggil untuk mengadakan Ziarah Prihatin kepada penduduk Kuarters P15-12A yang mengalami musibah kesihatan, bencana ribut dan kariah yang kehilangan punca pendapatan bagi sepanjang tempoh Pandemik Covid-19.

Dalam rangka ziarah tersebut, Ahamdulillah pihak Pengurusan Surau telah bersetuju dan berbesar hati untuk menghulurkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban kepada 11 ahli kariah surau yang terpilih. Sumbangan jua merupakan hasil kutipan tabung Surau Al-Fatih Presint 15 dan kariah P15-12A.

Walaupun jumlah sumbangan tidak seberapa, namun sedikit sebanyak dapat membantu ahli kariah kita yang menghadapi kesulitan.

Sama-sama kita berdoa agar komuniti kita khususnya dan seluruh warga Putrajaya amnya diperlihara dari sebarang musibah.

Kepada yang ingin menderma / memberi sumbangan, bolehlah menyampaikannya melalui tabung yang telah diletakkan di setiap Blok sekitar Parcel 15-12A dan juga di Surau Al-Fatih. Jika terdapat kesukaran untuk menyalurkan sumbangan melalui kaedah tersebut, pihak Pengurusan Surau Al-Fatih juga mengalu-alukan sumbangan melalui atas talian iaitu melalui akaun :

SURAU AL-FATIH PRESINT 15
BANK ISLAM
16018010021918

BANK MUAMALAT
16010000527718

Salam Ukhwah

Pengurusan
Surau Al-Fatih Presint 15
Hakcipta Terpelihara © 2021 Surau Al-Fatih, Presint 15, Putrajaya.