• SBH 06:15
  • ZHR 13:27
  • ASR 16:40
  • MAG 19:28
  • ISY 20:37
  • 23 Rejab 1442

Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat Kecemerlangan SPM Peringkat P15-12A, Putrajaya

18 February 2021

images/berita/yassin-spm.jpg
Pihak Surau Al-Fatih Presint 15 dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 5 telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat bagi mendoakan kecemerlangan anak-anak kariah P15 yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang dijadualkan bermula pada 22 Februari 2021.

Pihak surau juga telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM ini. Turut hadir menjayakan program ini, Tuan Hairol, Setiausaha MPPWP Sub Zon 5.

Justeru, marilah kita bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah agar calon-calon ini dipermudahkan urusan peperiksaan dan diberi kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut. Kepada Allah kita berserah.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Surau Al-Fatih, Presint 15, Putrajaya.