• SBH 06:15
  • ZHR 13:27
  • ASR 16:40
  • MAG 19:28
  • ISY 20:37
  • 23 Rejab 1442

Gerobok Rezeki Alfatih

26 November 2020

images/berita/gerobok-rezeki.png
Syukur Kehadrat Allah SWT, pada hari ini (26 November 2020) Pihak Pengurusan Surau Al-Fatih Presint 15 telah melancarkan Gerobok Rezeki AlFatih bagi membantu ahli kariah Surau Al-Fatih dan warga penduduk P15-12A.

Melihat kepada keadaan semasa, ramai daripada kita yang terkesan dengan Pandemik Covid-19, pihak Pengurusan Surau Al-Fatih Presint 15 mengambil inisiatif untuk menjalankan program Gerobok Rezeki AlFatih ini.

Bagi sesiapa yang terputus bekalan makanan atau menghadapi kesukaran, bolehlah mengambil barang berdasarkan keperluan disini.

Pihak Pengurusan Surau Al-Fatih juga sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin menyumbang barangan yang sama. Tuan / Puan boleh sahaja meletak barang yang ingin didermakan di Gerobok yang disediakan tanpa memaklumkan kepada pihak surau.

Untuk makluman terdapat dua (2) Gerobok disediakan iaitu dihadapan Surau Al-Fatih dan dihadapan Kedai Runcit Sadira Mini Mart (Blok A) yang mana Gerobok tersebut merupakan kerjasama kedai runcit dan juga surau.

Sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan dan jadikan ia sebagai saham kita diakhirat kelak, insyaAllah.

Perhatian Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Salam Ukhwah,

Pengurusan
Surau Al-Fatih Presint 15
Hakcipta Terpelihara © 2021 Surau Al-Fatih, Presint 15, Putrajaya.