Kuala Lumpur,Putrajaya
20 Rabiul Awal 1441
05:40
Subuh
13:01
Zohor
16:23
Asar
18:59
Maghrib
20:12
Isyak

Kelebihan Solat Subuh Berjemaah

Daripada Jundub bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang bersolat subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian (Allah denan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan (perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.

Huraian Hadith:
  • Orang Islam disuruh solat 5 waktu berjemaah kerana terdapat fadhilat-fadhilat yang khusus lagi banyak.
  • Orang yang menunaikan solat 5 waktu khususnya solat subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari.
  • Setiap orang yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT (dilemparkan ke dalam api neraka jahannam).
  • Dikhususkan (ditentukan) solat subuh dengan kelebihan ini kerana solat subuh lebih berat daripada solat-solat lain disebabkan waktu subuh adalah waktu sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwudhuk dan bagi orang yang bekerja pula subuh adalah masa membuat persiapan untuk keluar bekerja.
  • Dengan meninggalkan solat subuh terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.