Waktu Solat

Putrajaya, 25 Rabiul Awal 1439
5:49
Subuh
13:11
Zohor
16:33
Asar
19:07
Maghrib
20:22
Isyak
  • Utama
  • Surau Al-Fatih
  • Aluan Pengerusi Surau

Aluan Pengerusi Surau



Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi atas kurniaan Taufiq dan Hidayahnya, akhirnya Surau Al-Fatih, Presint 15, Putrajaya mempunyai Laman Web Rasmi sendiri untuk tatapan serta medekatkan lagi Surau Al-Fatih dengan semua muslimin dan muslimat amnya Warga Komuniti Presint 15 dan khususnya para pencinta ilmu dan Agama Allah SWT.

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang diutuskan sebagai Rahmat bagi sekalian alam. Juga ke atas keluarga, para sahabat dan mereka yang mengambil petunjuk serta beramal dengan Sunnahnya sehingga ke hari Kiamat.

Kepesatan teknologi dan ledakan maklumat yang begitu cepat berkembang merupakan salah satu cabaran yang perlu ditangani oleh umat Islam masa kini. Era langit terbuka yang sedang ditempuhi ini sebenarnya menyediakan pelbagai ruang dan peluang untuk dimiliki. Pada masa yang sama, ia juga menjadi ancaman serta cabaran yang perlu dihadapi dengan penuh iltizam dan dedikasi.

Dengan adanya Laman Web Rasmi Surau Al-Fatih ini, mudah-mudahan mampu mengukuhkan lagi dakwah islamiah dan penyebaran ilmu yang telah sedia didokongi oleh pencinta-pencinta agama Islam.

Adalah menjadi harapan semoga Laman Web Rasmi Surau Al-Fatih dapat memberi sumbangan bermakna kepada seluruh umat Islam. Di samping itu sebarang cadangan mahupun teguran membina amat dialu-alukan bagi memperkemaskan lagi laman web ini demi faedah bersama.

Akhir kalam, semoga wadah ilmu dan dakwah ini akan dirahmati Ilahi demi menyumbang manafaat kepada seluruh umat Islam di buana ini. Sekian, Wassalam.

En. Omar bin Ahmad Arwan
Pengerusi Surau Al-Fatih, Presint 15

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.