Waktu Solat

Putrajaya, 29 Zulkaedah 1438
5:52
Subuh
13:19
Zohor
16:31
Asar
19:24
Maghrib
20:34
Isyak

Sumbangan & Wakaf

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam: Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah), Ilmu yang berguna dan diamalkan dan Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Sedekah anda, walaupun kecil jumlahnya, tapi sangat berharga di sisi Allah. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebagian hartanya akan rugi di dunia dan di akhirat. Dengan menginfakkan sedikit dari hartanya akan memperoleh keberkatan pada rezekinya, begitu lah sebaliknya.

Orang yang bersedekah seumpama orang yang melabur dan menabung di sisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehinya berlipat kali ganda. Mereka tidak akan rugi ataupun jatuh miskin dengan bersedekah.

Pihak Jawatankuasa Surau amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari Ahli Qariah Surau bagi menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti Surau dan sebagainya.

Segala bentuk Sumbangan & Wakaf boleh disalurkan melalui tabung yang disediakan di pintu masuk surau ataupun terus ke Akaun Bank Surau Al-Fatih.



Semoga dengan sumbangan anda, Allah memberkati harta anda dan mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat nanti, InsyaAllah.

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.