Waktu Solat

Putrajaya, 1 Safar 1439
5:41
Subuh
13:01
Zohor
16:18
Asar
19:00
Maghrib
20:10
Isyak
  • Utama
  • Aktiviti & Program
  • Pusat Pembelajaran Al-Fatih

Pusat Pembelajaran Al-Fatih

Pusat Pembelajaran Al-Fatih (PPAF) ditubuhkan pada tahun 2013. PPAF ini diuruskan oleh Program Tuisyen Al Hafiz Putrajaya. Pusat pembelajaran ini telah memulakan operasi pada 2013 di Bilik Bacaan di Presint 15 -12A, Perumahan Penjawat Awam, Presint 15-12A, Putrajaya.

Pusat pembelajaran ini tidak hanya menfokuskan program tuisyen akademik sebaliknya turut menganjurkan bengkel motivasi, program pengukuhan akademik & mengaji dalam satu masa (Program Sri Al Hafiz KAFA - Academic Intergrated).

Selain itu aktiviti bersifat pendidikan disasarkan kepada seluruh komuniti setempat. Alhamdulillah cawangan ini mendapat sambutan penduduk setempat juga ada pelajar dari Nexus International School Gred 11 dan menggunakan silibus Oxford - Cambridge dan pelajar IGCSE MRSM.

Program Sri Al Hafiz KAFA - Academic Integrated, Putrajaya mula beroperasi pada Jan 2016. Di selia oleh guru sekolah berpengalaman hampir 15 tahun mengendalikan program KAFA. Program ini mengabungkan pembelajaran ilmu fardhu ain dan akademik dalam satu masa, Kelas bermula sesi petang setiap hari. Transit & pengangkutan pelajar disediakan.

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi maklumat berikut :

014 234 0839 (Puan Jue)
017 376 6529 (Cikgu Mohd Zaki)

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.